
Sebuah feri ikonik Pulau Pinang, Butterworth di sini dilaporkan tenggelam awal pagi tadi yang ditempatkan di Pangkalan Sultan Abdul Halim.
Advertisement
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) sedang menjalankan usaha untuk menaikkan semula feri berkenaan ketika ini manakala pihak bomba pula mengawal minyak daripada tumpah ke dalam laut.
Sekitar jam 3 pagi tadi, feri berkenaan mula senget sebelum tenggelam sepenuhnya dan kejadian dipercayai berpunca daripada tali yang mengikat feri ini putus susulan angin kuat.
Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang ditamatkan pada 2020 setelah beroperasi lebih 126 tahun dan kemudian digantikan dengan perkhidmatan bot laju untuk membawa penumpang individu dan feri bagi motosikal dan basikal.
Sumber: BERNAMA