Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Menakutkan Bila Ferris Wheel Gagal Berfungsi Sebab Terlebih Penumpang

Sebuah ferris wheel di Sakon Nakhon, Thailand dilaporkan gagal berfungsi dengan baik, menyebabkan keadaan menjadi panik.

menakutkan bila ferris wheel gagal berfungsi sebab terlebih penumpang

Kejadian berlaku disebabkan lebihan penumpang pada alat permainan setinggi 12 meter yang sukar membuat pusingan, menyebabkan bahaya kepada penumpang.

Advertisement

Pengendali yang sedar akan kejadian itu juga kelihatan panik dan cuba menghentikannya menggunakan sebatang besi.

Malah, pengendali alat permainan itu juga cuba mengawal pergerakan dengan menggunakan tenaganya untuk mengentikan ferris wheel berkenaan.

Selepas berjaya dihentikan, pengendali menyalahkan kejadian ribut dan hujan sebagai punca gangguan pada kabel alat permainan tersebut.

Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan pengunjung mahupun penumpang Ferris Wheel itu.

Sumber: Stuff

ERA Muzik Hit Terkini