Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ramai Muak Bila Sekuel Avatar Di Tangguhkan Lagi Tayangan Hingga 2021

Dalam pengumuman oleh Disney, mereka mengumumkan tarikh tayangan filem Avatar yang ditangguhkan lagi tayangannya.

Menurut Disney, Avatar 2 akan ditayangkan pada 17 Disember 2021, Avatar 3 pada 22 Disember 2023, Avatar 4 pada 19 Disember 2025 dan Avatar 5 pada 17 Disember 2027. Secara jumlah, Avatar akan memakan masa lagi 8 tahun untuk dihabiskan.

Advertisement

Penerbit filem Avatar, Jon Landau berkata, kesemua sekuel Avatar akan dirakamkan dengan latar belakang planet makhluk asing, dengan suasana berbeza berbanding dengan Avatar 1.

"Kita akan pergi ke persekitaran yang sangat berbeza, kita akan bertemu dengan budaya yang berbeza,"

“Dalam filem pertama, kami hanya bertemu dengan puak Omaticaya, dan mereka adalah puak di sini yang membolehkan kami datang ke Lembah Mo'ara. Tetapi kita usahakan akan pergi ke persekitaran yang berbeza dan puak yang berbeza.", kata Jon Landau.

Masih mengekalkan beberapa watak sebagai watak utama, Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang, Giovanni Ribisi, Joel David Moore dan ramai lagi, penampilan khas Datuk Michelle Yeoh sebagai saintis bernama Dr. Karina Mogue.

Namun, ramai peminat filem Avatar mulai muak dan bosan menunggu hampir 10 tahun untuk sekuel ini dan beralih arah kepada filem Avengers pula.

ramai muak bila sekuel avatar di tangguhkan lagi tayangan hingga 2021

Sumber: Polygon

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini