Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Akibat COVID-19, Filem The Batman Terjejas Lagi

Penggambaran filem The Batman nampaknya terganggu lagi selepas pelakon lagak ngeri filem itu didapati positif COVID-19.

akibat covid-19, filem the batman terjejas lagi

Advertisement

Ia selepas pelakon utamanya, Robert Pattinson juga positif COVID-19 pada September lalu, yang mana ia menjejaskan penggambaran filem berkenaan sejak Mac lalu.

Selain pelakon lagak ngeri, sembilan lagi kru filem terbabit kini sedang menjalani kuarantin disebabkan pandemik ini.

Malah, lokasi penggambaran filem ini iaitu di London dan St George Hall, Liverpool agak berbahaya kerana kes jangkitan yang tinggi, dimana ia membuatkan penggambaran filem ini menjadi perlahan.

Filem yang sepatutnya dilancarkan pada Julai 2021, dilaporkan ditunda kepada Oktober 2021 ekoran daripada kesuntukan masa.

Sumber: DailyMail

ERA Muzik Hit Terkini