Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Degupan Jantung Kencang, Ini Filem Paling Seram Sepanjang Zaman Menurut Kajian

Ramai yang pasti suka menonton filem berunsurkan seram. Meskipun takut, namun perasaan berdebar dan ingin tahu membuatkan ramai sanggup menjerit ketakutan takkala menonton filem-filem seram.

degupan jantung kencang, ini filem paling seram sepanjang zaman menurut kajian

Advertisement

Apa filem seram yang pernah anda tonton?

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Broadband Choices UK, mereka merumuskan filem Sinister tahun 2012 oleh Scott Derickson adalah filem paling seram sepanjang zaman.

degupan jantung kencang, ini filem paling seram sepanjang zaman menurut kajian

Ia ditentukan melalui 50 orang responden yang menoton 50 cerita seram dengan alat monitor jantung bagi merekodkan bacaan degupan per minit (BPM).

Hasilnya, filem Sinister mencatatkan skor tertinggi pada purata 86 BPM, berbanding 65 BPM ketika jantung sedang berehat.

Malah, ketika babak suspen dalam filem Sinister, bacaan jantung merekodkan setinggi 131 BPM, namun tidak mampu menandingi babak suspen dalam filem Insidious yang merekodkan bacaan setinggi 133 kali degupan seminit. Fuh!

degupan jantung kencang, ini filem paling seram sepanjang zaman menurut kajian

degupan jantung kencang, ini filem paling seram sepanjang zaman menurut kajian

degupan jantung kencang, ini filem paling seram sepanjang zaman menurut kajian

Korang pula macam mana? Filem seram apa yang buatkan jantung korang berdegup kencang?

Sumber: LADBible, Broadband Choices

ERA Muzik Hit Terkini