Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Malaysia Boleh! Filem Tempatan, ‘On Your Mark’ Cipta Sejarah Duduki Tangga Pertama Filem Di China

Pengarah berkaliber, Chiu Keng Guan melakar sejarah apabila filem terbaharunya, On Your Mark meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8.7 juta (RMB 13.65 juta) pada hari pertama ditayangkan di China.

malaysia boleh! filem tempatan, ‘on your mark’ cipta sejarah duduki tangga pertama filem di china

Advertisement

Malah, filem tersebut menduduki tangga nombor satu carta filem terkini di China dan ditayangkan di 9,000 buah pawagam seluruh negara itu.

Tayangan filem On Your Mark sudah ditayangkan di layar perak di China pada 18 Jun lalu, dan ini merupakan filem pertama arahan Chiu Keng Guan di negara itu.

malaysia boleh! filem tempatan, ‘on your mark’ cipta sejarah duduki tangga pertama filem di china

Karya tersebut diterbitkan oleh Jiangsu Maoyan Culture Media, Wuxi Cangsheng Film, Tianjin Maoyan Weiying Culture Media, Jiangsu Hao Di Cultural Development, Sports Culture Development Center of the State General Administration of Sports (China Sports Museum) dan Astro Shaw, selaku penerbit tunggal dari Malaysia.

Tambahnya, Astro Shaw selaku penerbit juga tampil sebagai pihak pemasar dan pengedaran rasmi untuk filem On Your Mark di Malaysia yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Barisan pelakon filem On Your Mark dibarisi pelakon hebat dari negara China iaitu Yanhui Wang, Youhao Zhangt, Beibi Gong, Wenjuan Feng, Junhao Li dan Jinshan Liu.

Sumber: Sinar Plus

ERA Muzik Hit Terkini