Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Harga Naik Berganda, Filipina Dilanda ‘Plantdemik’ Pula

Pendemik COVID-19 kini sedang melanda dunia secara keseluruhannya, dan usaha mencari penawarnya sedang giat dijalankan.

Disebalik pandemik COVID-19, berbeza pula ceritanya di Filipina apabila negara berkenaan sedang dilanda ‘Plantdemik’.

Advertisement

harga naik berganda, filipina dilanda ‘plantdemik’ pula

Ia ekoran daripada kegilaan penduduk negara itu mengumpul tanaman, sehingga menyebabkan beberapa spesis pokok meningkat harganya, malah ada juga kes kecurian pokok dilaporkan.

Menurut salah seorang pereka landskap, Albin Chingciagco, beliau seakan tidak percaya apabila ramai mula menunjukkan minat terhadap tanaman.

harga naik berganda, filipina dilanda ‘plantdemik’ pula

Antara spesis pokok yang menyaksikan peningkatan harganya adalah seperti jenis monstera hingga mencecah 55,000 peso (kira-kira RM4,700), berbanding hanya 800 peso (kira-kira RM68) sebelum pandemik. Selain itu, permintaan terhadap spesis tanaman jenis 'alocasia', 'spider plant' dan 'peace lily' juga meningkat sehingga empat kali ganda.

Ia membuatkan pendapatan harian penjual tanaman di Manila meningkat, jika dibandingkan dengan sebelum pandemik berlaku.

Meskipun ia adalah hobi yang positif, pihak berkuasa memberi amaran bahawa terdapat tanaman yang dijual diperoleh secara tidak sah iaitu dengan mencuri dikawasan dilindungi. Jadi bagi mengelakkan ini berlaku, pengumpul tanaman juga perlu mendapatkan permit yang sah.

Sumber: Bangkok Post

ERA Muzik Hit Terkini