Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Filipina Larang Kanak-Kanak 10 Hingga 14 Tahun Keluar Rumah

Filipina telah menetapkan satu larangan khas bagi kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun untuk tidak meninggalkan kediaman masing-masing.

filipina larang kanak-kanak 10 hingga 14 tahun keluar rumah

Advertisement

Menurut Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, ia bagi mengelakkan jangkitan strain baharu COVID-19, khasnya kepada golongan berkenaan.

Arahan duduk di rumah untuk semua kanak-kanak dan golongan berusia telah dilaksanakan di kebanyakan negara sejak pandemik COVID-19 dikesan.

"Baliklah ke rumah masing-masing. Mereka boleh teruskan hidup dengan TV. Mereka boleh menonton TV sepanjang hari," katanya.

filipina larang kanak-kanak 10 hingga 14 tahun keluar rumah

Ekoran daripada larangan itu juga, mereka tidak dibenarkan untuk ke sekolah, dan mengunjungi pusat beli-belah yang menjadi tempat tumpuan komuniti.

Tambah lagi, Duterte berkata kerajaan tidak mahu merisikokan golongan itu daripada dijangkiti strain baharu dari United Kingdom yang sehingga kini telah menjangkiti 17 individu, termasuk tiga kanak-kanak di negara berkenaan.

"Saya jadi takut kerana strain baharu ini menyerang kanak-kanak," katanya.

Sehingga kini, Filipina telah mencatatkan 515 ribu jumlah kes jangkitan COVID-19, dengan 475 ribu telah pulih dan 10,292 pula maut akibat COVID-19.

Sumber: CNA

ERA Muzik Hit Terkini