Pertembungan antara dua kelab gergasi bolasepak Inggeris, Chelsea dan Arsenal dalam final Liga Europa 2019 kali ini dilihat sangat sengit.

Advertisement
Dipetik dari Goal.com, bekas pertahanan Arsenal, Lauren berkata, kehadiran Eden Hazard dalam pasukan Chelsea dilihat sebagai satu kelebihan buat pasukan The Blues. Chelsea mara ke final selepas penentuan sepakan penalti menentang Einyracht Frankfurt, dan hanya menang sekali dalam enam perlawanan terakhir mereka.

Terdahulu, Arsenal yang mara ke final selepas menang jaringan agregat yang cukup besar, iaitu 7-3 keatas Valencia di separuh akhir, juga dilihat sebagai satu pasukan yang cukup berbisa. The Gunners tidak pernah tewas dalam empat perlawanan terakhir mereka sebelum ini.

Pasukan mana yang akan menjulang trofi Liga Europa 2019?

