Pemain Argentina dan Portugal, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo seringkali menjadi perbandingan dan pertemuan kedua-dua penyerang ini amat dinantikan oleh seluruh peminat bola sepak dunia.

Namun begitu, kedua-dua pemain ini masih belum pernah mendakap kejuaraan Piala Dunia sepanjang karier mereka sebagai pemain bola sepak.
Advertisement
Empat tahun lalu, Argentina bertemu Jerman di final, dan Messi hampir memiliki Piala Dunia sulungnya, namun Mario Gotzé menafikan impian itu dengan menyumpat gol di masa tambahan buat pasukan Jerman.

Bagi Cristiano Ronaldo pula, Piala Dunia 2006 adalah pencapaian terbaik beliau dalam pasukan Portugal apabila menduduki tempat ke-4 dalam saingan tersebut.

Bagi bekas pemain skuad Australia, Harry Kewell, beliau amat mengimpikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 kali ini menemukan Argentina dan Portugal.

Dipetik daripada portal bolasepak, Goal, Kewell nyata teruja untuk melihat pertembungan kedua-dua pasukan ini yang disifatkan olehnya sebagai pertemuan ‘Messi vs Ronaldo’.
”Saya merasakan ini bakal menjadi kemuncak persaingan mereka kerana mereka bersaing untuk membuktikan siapa yang terbaik di dunia.”
“Saya fikir terdapat banyak pemain yang hebat yang akan muncul di Piala Dunia tahun ini.”
Sumber: Goal
