Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jerebu: Dua Penerbangan Ke Pulau Pinang Patah Balik, Satu Dilencongkan

Ekoran daripada masalah jerebu di Pulau Pinang, dua penerbangan masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) terpaksa berpatah balik kerana masalah penglihatan yang terhad.

jerebu: dua penerbangan ke pulau pinang patah balik, satu dilencongkan

Advertisement

Dipetik daripada Awani, Pengurus Kanan LTAPP Mohd Nadzim Hashim berkata, kedua-dua penerbangan itu masing-masing daripada KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu (LTAK), di Medan Indonesia.

Satu lagi penerbangan dari Singapura ke Pulau Pinang pula terpaksa dilencongkan ke LTAK sementara penerbangan dari Bangkok pula terpaksa ditangguhkan.

"Ketika ini jarak penglihatan yang direkodkan di LTAPP ialah 1,500 hingga 1,700 meter dan setakat ini juga tiada penerbangan yang dibatalkan," katanya ketika dihubungi.

ERA Muzik Hit Terkini