Semalam telah diumumkan keputusan bagi kemasukan program pengajian asasi, sijil, diploma dan juga ijazah sarjana muda untuk calon lepasan SPM.
Namun bagi pelajar yang gagal menempatkan diri dalam mana-mana permohonan yang dibuat, proses rayuan boleh dilakukan sehingga 10 Jun, jam 5 petang.
Advertisement

Dalam pada itu, carian 'Form 6' menjadi trending di Twitter sejak malam semalam dan rata-rata warganet yang pernah memasuki tingkatan 6 menceritakan pengalaman mereka memilih laluan ini berbanding dengan alam universiti.

Adik-adik yang tak dapat UPU tu, pleaselah consider Form 6. Dulu lecturer PASUM pernah cakap walaupun PASUM is for the cream of cream, STPM leavers has more value. Now, I don't even know where to put foundation result for SPA application.
— و. س. نادية ابراهيم (@NadiahPan) June 4, 2020
Lots of people assume it's like going back to school but it's not y'all's!! issa whole different vibe. Form 6 was hard but it was the best learning years of my LIFE!!!! https://t.co/z2VHkjcZ13
— 🎭 (@Razak_Aisya) June 4, 2020
And it happened to me 3 years back. I got few offers from Manchester University, University of Birmingham, University of Essex and City, University of London. All those offers were using my STPM result. So do not hesitate to enter Form 6 okay 😉 https://t.co/9phGjgIUG7
— ruby (@Adda_Zainudin) June 3, 2020
Yeah.. sbb form 6 in school like a small community.. we know each other and that's what make us stay like a family together.. Cikgu form 6 pun xramai.. You can easily open up to them... Trust me.. ❤️❤️ https://t.co/DtUVry5qGK
— Hazleen A. 😴 (@aidahazleen) June 4, 2020
Me as an ex student Form 6, byk gila benefit aku dapat, salah satu nya:
— cal (@__faisalomr) June 3, 2020
1) Reduce cost.
2) Muet examination class provided.
3) Don't have to pay so much on subject if you're repeated.
4) Excel in subject will gain an award.
5) Near from your home
Just don't give up! https://t.co/bXBnIs4dXr
A dik adik semua. Yg mana result upu tk lulus tu, ya allah, jangan lah sedih. Korg masih ada form 6, ada poli. Jangan ada mindset korg yg kata form 6 / poli ni tk bagus. Dua institusi ni dh setaraf tau dgn universiti / kolej. Form 6 tu, dahlah kerajaan, tak payah bayar mhal mahal
— wawa (@itswawaaaa) June 3, 2020
Terdahulu, seorang bekas pelajar SMK Tunku Putra Batu Pahat yang mendapat 10A pada SPM beberapa tahun lalu, juga pernah memilih untuk ke Tingkatan 6 kerana beliau yakin STPM mampu membentuk dirinya menjadi lebih baik.
Berikut adalah antara kelebihan memilih Form 6:
- Diiktiraf oleh University of Cambridge. Sijil setaraf dengan A-Level dan diterima oleh universiti setara dunia.
- Menghasilkan pelajar yang lebih matang kerana pendedahan sukatan pelajaran yang lebih komprehensif.
- Menghasilkan pelajar yang lebih berdikari.
- Merupakan permulaan yang baik sebelum menjejak kaki ke universiti.
- Suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih kondusif dan selesa.
- Tidak lagi terikat dengan uniform sekolah.
- Penyertaan aktiviti kokurikulum yang lebih meluas peringkat PPD, negeri dan kebangsaan.
- Yuran pembelajaran secara percuma.
- Sijil STPM laku dan boleh dijadikan medium untuk mencari pekerjaan.
Apa pula pendapat anda?
Sumber: Twitter / GPS Bestari