Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Foto Tular Seakan Jari Kaki Mayat, Rupanya Ia Adalah Spesis Kulat

Beberapa hari lalu, tular foto dilaman sosial menunjukkan seakan-akan jari kaki mayat ataupun zombie yang berwarna kebiruan, sehinggakan timbul tanda tanya.

foto tular seakan jari kaki mayat, rupanya ia adalah spesis kulat

Foto yang dikongsikan oleh Indian Forest Service ini bukanlah diambil daripada filem seram ataupun diedit menggunakan perisian khas, ia adalah foto sebenar satu spesis kulat yang dikenali sebagai "Dad Man's Fingers".

Advertisement

foto tular seakan jari kaki mayat, rupanya ia adalah spesis kulat

Kulat berkenaan mempunyai bentuk panjang seperti jari dengan hujungnya berwarna krim keputihan, hidup dalam kawasan hutan dan berkayu. Biasanya ia akan menumpang pada pohon pokok dan tidak berbahaya kepada manusia.

foto tular seakan jari kaki mayat, rupanya ia adalah spesis kulat

Mempunyai nama saintifik Xylaria polymorpha, kulat ini juga banyak berada di negara seperti Nepal, Bhutan, dan utara India, malah di beberapa kawasan di Amerika Syarikat seperti Rocky Mountains.

foto tular seakan jari kaki mayat, rupanya ia adalah spesis kulat

Selain mempunyai rupa yang menggerunkan, kulat ini juga sering dijadikan bahan dalam masakan oleh sesetengah peduduk di China, selain juga dijadikan perhiasan dalam rumah. Malah, kulat ini juga dijadikan bahan bagi menghasilkan peralatan muzik seperti violin.

Sumber: First Nature

ERA Muzik Hit Terkini