Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Frontliner Indonesia Pakat Luah Rasa Kecewa Dengan Masyarakat Disana

Dalam dunia kini sedang berusaha memerangi penularan wabak COVID-19, lain pula ceritanya dengan petugas barisan hadapan di Indonesia.

Ia selepas kata "Indonesia?? Terserah!" menjadi trending di media sosial negara itu akibat daripada rasa kecewa petugas barisan hadapan terhadap kebanyakkan masyarakat disana yang gagal patuh kepada penjarakan sosial dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Advertisement

frontliner indonesia pakat luah rasa kecewa dengan masyarakat disana

Memetik laporan dari Awani, hashtag #IndonesiaTerserah juga menjadi trending dengan netizen di Indonesia turut memberikan komen dan juga sindiran ekoran rasa tidak puas hati kepada mereka tidak endah kepada arahan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia sejak 15 Mac lalu.

Setakat ini, Indonesia telah mencatatkan kematian tertinggi di Asia Tenggara akibat COVID-19, iaitu sebanyak 1,418 kes dengan jumlah positif sebanyak 23,165 setakat 27 Mei 2020.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini