Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Fungsi Baru Instagram Ini Akan Cadangkan Akaun Mana Yang Patut Anda Unfollow

Adakah anda mempunyai bilangan following yang banyak di Instagram, namun menyedari bahawa tidak semuanya aktif?

fungsi baru instagram ini akan cadangkan akaun mana yang patut anda unfollow

Advertisement

Berita baik, Instagram kini dilaporkan sedang menguji fungsi dimana ia akan menyarankan akaun manakah yang perlu berhenti diikuti.

Fungsi ini ditemui oleh pengguna Twitter, Jane Manchung Wong, memaparkan akaun paling rendah kadar interaksinya sejak 90 hari dan juga akaun paling kerap muncul pada timeline.

fungsi baru instagram ini akan cadangkan akaun mana yang patut anda unfollow

Dengan fungsi ini, adalah lebih mudah untuk anda melihat akaun yang tidak mendapat perhatian anda atau terlalu banyak di timeline hingga mungkin menjengkelkan anda.

Walaubagaimana pun, tidak diketahui bila fungsi ini akan diaktifkan kepada umum.

ERA Muzik Hit Terkini