Seorang anak kelahiran dari Malaysia telah membanggakan nama negara apabila berjaya terpilih menyertai salah satu kelab bolasepak gergasi Jerman, FC Bayern Munich.

Celine Chuang, yang juga merupakan pemain sayap skuad B-15 wanita kebangsaan mencipta sejarah apabila terpilih untuk beraksi sebagai salah seorang pemain bola sepak wanita dalam kelab itu.
Advertisement

Menurut FAM, gadis yang berusia 15 tahun ini beraksi untuk skuad B-15 wanita Bayern Munich sejak dari Julai lalu.

Minatnya terhadap sukan bola sepak bermula aoabila adik-beradiknya lain juga bermain bola sepak, sehinggalah beliau memasuki kelab Bintang Biru.
Kemudian, beliau berpindah ke Thailand bagi menjalani latihan bersama Sekolah Antarabangsa British Phuket (BISP) Cruzeiro di Phuket, Thailand selama dua tahun, dan mempunyai impian untuk menjadi pemain bola sepak profesional.
Nama Celine kini mula mendapat tempat dalam kalangan penyokong bola sepak Jerman susulan kejayaannya menjaringkan satu gol untuk pasukan lelaki B-15 Wacker Munchen e.V dan satu lagi gol bersama pasukan kedua B-17 wanita FC Bayern Munich.

Celine sebelum ini telah mengutip gol antarabangsanya yang pertama bersama skuad B-15 wanita Harimau Malaya pada aksi Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Wanita B-15 2019 selepas menewaskan Kemboja 2-1 di Chonburi, Thailand.
Tahniah!
Sumber: FAM / Astro Awani