Seorang remaja perempuan, Charli D'Amelio telah menjadi orang pertama di dunia dengan 100 juta pengikut TikTok.

Advertisement
Baru sahaja berusia 16 tahun, remaja itu kini mempunyai 100.8 juta pengikut dengan 7.9 billion tanda suka. Ini bermakna, Charli adalah lima kali lebih popular di platform TikTok berbanding Kylie Jenner dan Ariana Grande.

TikTok mula digunakan sekitar tahun 2018 dan D'Amelio mula membuat hantaran pada bulan Mei tahun lalu.


Popularitinya meningkat ketika klip-klip video tariannya untuk lagu-lagu popular menjadi viral.
@charlidamelio ##duet with @charlidamelio dc @gwenythryan
♬ WAP vs Anaconda by adamusic_ - scary spice
Menariknya, remaja ini mendapat jumlag pengikut yang begitu ramai dalam jangka waktu yang sangat singkat, berbanding platform lain seperti YouTube di mana ia memerlukan sekurang-kurangnya 14 tahun untuk satu saluran mencapai 100 juta pengikut.
@charlidamelio dc @yodamnmomma
♬ THICK (feat. Megan Thee Stallion) (Remix) - DJ Chose & Megan Thee Stallion
Tambah lagi, menurut laporan, Charli mengenakan bayaran $ 100,000 (kira-kira RM 409,250.00) bagi setiap posting kandungan yang ditaja di TikTok. Ia menjadikan pendapatan bersihnya mencecah $ 4 juta (RM 16,378,000.00!

Bukan Charli sahaja yang popularm malah seluruh keluarga D'Amelio kini dikenali, dengan kedua ibu bapa mereka juga mempunyai pengikut TikTok yang ramai, dan adiknya Charli Dixie mempunyai syarikat rakamannya sendiri.
Selain TikTok, Charli juga menyiarkan video YouTube dan akan mengeluarkan buku tidak lama lagi.
Sumber: The Sun