Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ada Sebab Kenapa Gadis 19 Tahun Ni Tak Kisah Jadi Pengawal Keselamatan

Sumber: Harian Metro 

Baru-baru ni viral di media sosial seorang gadis manis bekerja sebagai pengawal keselamatan. Pelbagai reaksi netizen kepadanya yang menganggap Sri Mahyuni Munif sengaja pinjam baju sesiapa untuk bergambar dan sebagainya. 

Advertisement

Namun ternyata Yuni yang berusia 19 tahun memang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah kebangsaan di Kampung Datuk Keramat. Tapi ada beberapa sebab kenapa Yuni memilih untuk bekerja sebagai pengawal kesematan. 

ada sebab kenapa gadis 19 tahun ni tak kisah jadi pengawal keselamatan

1. Yuni memilih pekerjaan tersebut kerana sukakan kanak-kanak

"Tetapi hati saya terubat apabila melihat kanak-kanak dan bermain dengan mereka. Ramai murid di sekolah rapat dengan saya dan ada yang menangis kerana terpaksa berpisah selepas tamat darjah enam,"​

2. Untuk menampung keluarga

5 tahun lalu dia terpaksa menamatkan persekolahannya di tingkatan dua kerana mahu bekerja untuk membantu menyara keluarga selepas bapanya berusia 54 tahun mengalami masalah kesihatan. 

"Ayah pernah kemalangan kira-kira 20 tahun lalu dan kesan dari kemalangan itu lebih buruk selepas dia bekerja sebagai buruh binaan menyebabkan tulang dan badannya sakit-sakit sehingga tidak lagi berdaya mengangkat barang berat.

"Saya meminta ayah berehat dan saya sanggup berhenti sekolah untuk bekerja demi meneruskan persekolahan adik dan menyara keluarga selain membantu ibu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.

"Biarpun ayah berkeras meminta saya jangan berhenti sekolah, saya terpaksa lakukan kerana tidak sanggup melihat ayah bekerja dalam kesakitan demi mencari sesuap nasi untuk keluarga," katanya ketika ditemui di sekolah, hari ini.

ada sebab kenapa gadis 19 tahun ni tak kisah jadi pengawal keselamatan

3. Kerja yang halal 

“Saya tak kisah orang pandang rendah atau mengata kerja saya kelas bawahan, asalkan saya buat kerja halal untuk menampung keluarga,”

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini