Banyak perkara pelik yang terjadi disekeliling kita, misalnya fenomena yang dialami oleh gadis ini.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Youtube RM Videos, seorang gadis dikatakan mengalami fenomena pelik apabila penggera keselamatan akan berbunyi setiap kali dia menyentuh sebarang peranti elektronik.
Advertisement


Bagi memastikan ia bukanlah satu litar pintas, rakannya turut menyentuh peranti elektronik yang serupa, namun ia tidak memberi apa-apa kesan, berbanding dengan gadis ini.

Fenomena ini dikatakan berkait rapat dengan bidang bioelectromagnetics, iaitu keadaan apabila sel, tisu, atau hidupan lain berupaya menghasilkan tenaga elektrik dan bertindak balas kepada medan electromagnet.

