Seorang gadis dari Filipina bernama Ericka Camata telah menjadi popular sejak akhir-akhir ini dek kerana video Tiktoknya yang membuatkan ramai pecah perut.

Ia bermula dengan video 'Hi everything' yang disebut olehnya, sedangkan ia sepatutnya adalah 'Hi everyone'.
Hi everything. pic.twitter.com/esrAvLqJO3
— - (@elishasmadi) March 22, 2020
Advertisement
Sejak dari itu, Ericka dikenali ramai dengan nama jolokan Ms. Everything.
Namun, popularitinya bukan setakat itu sahaja kerana beliau dilihat sedang menjelaskan isu wabak COVID-19 dalam bahasa Inggeris yang agak sukar untuk di fahami.
The new DOH Secretary pic.twitter.com/3ml0smjeem
— Vincent Go Dong Hae (@VGoDongHae) March 22, 2020
Ditambah dengan keyakinannya yang selamba, Ericka dengan yakin berkata wabak COVID-19 itu mendapat nama kerana virus berkenaan berusia 19 tahun!
Selain daripada itu, Ericka juga telah berkongsi video nyanyiannya yang boleh dikatakan agak merdu dan menarik perhatian.
THIS COMEDY QUEEN WENT VIRAL FOR HELLO EVERYTHING BUT WTF NASHOOKEDT AKO! SHE A TALENTED QUEEN, TOO! pic.twitter.com/9192ZXpc8w
— donut lord (@vindedios) March 25, 2020
Rata-rata warganet meluahkan rasa tidak percaya dengan bakat gadis Filipina itu yang bukan sahaja kelakar, tetapi juga seorang yang sangat berbakat.
Sumber: Twitter