
Sumber: Nextshark
Advertisement
Sampainya hati! Itu yang boleh dikatakan selepas remaja berusia 17 tahun ini dipaksa melahirkan anak di tepi jalan selepas di 'reject' pihak hospital di India. Seorang penduduk di Jharkhand’s Seraikela Kharsawan, terpaksa menahan kereta yang lalu lalang bagi memberi laluan kepada gadis ini untuk lahirkan anak dan bagi mengelakkan dirinya dilanggar.
Selepas melahirkan anak, gadis tersebut membawa anaknya yang berdarah ke hospital untuk dapatkan rawatan. Bagaimanapun, sekali lagi pihak hospital tak mahu beri rawatan kerana perlukan kebenaran daripada orang tuanya.
Namun tak lama kemudian ada seorang doktor Dr. Lakhindra Hansda yang bergegas ke hospital untuk beri rawatan kepada gadis ini dan keadaannya sudah stabil.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
