Beberapa bulan lalu, pasti anda terbaca kisah seorang pelajar yang tular dek kerana terpaksa memanjat pokok dan bermalam dalam hutan demi mendapatkan sambungan internet untuk menduduki peperiksaan online.

Advertisement
Veveonah Mosibin, pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum ini menjadi perhatian ramai menerusi video YouTube, “24 Hours On Tree Challenge”, akhirnya mendedahkan beliau berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 bagi peperiksaan yang telah didudukinya itu.
Kejayaan gadis ini bukan sahaja berjaya membuka mata orang ramai, malah beliau sebelum ini juga telah dijemput untuk hadir ke Istana Negeri bagi menerima sumbangan Yayasan Nur Jauhar, di Kota Kinabalu, Sabah.

KOTA KINABALU : Veveonah Mosibin, 18, yang tular dengan video pengalamannya menerusi akaun YouTube bertajuk ‘24 Hours On Tree Challenge’ berkesempatan hadir di Istana Negeri melakukan kunjungan terhadap isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni pagi tadi pic.twitter.com/O6drQeQ9FP
— Jabatan Penerangan Negeri Sabah (@JapenSabah) June 23, 2020
Tahniah Veveonah Mosibin!
Sumber: WOB / Twitter @JapenSabah