
Sumber: Siakapkeli
Ada satu video viral bagaimana dua ekor gajah kelam kabut cuba menyelamatkan seekor baby gajah yang terjatuh ke dalam kolam di sebuah zoo di Seoul, Korea. Anak gajah yang pada mulanya berdiri di tepi kolam tiba-tiba terjatuh.
Selepas je mendengar kocakan air dan melihat anak gajah terkapai-kapai, dua ekor gajah dewasa berusaha menyelamatkannya. Kelihatan seekor lagi gajah di kandang belakang mundar mandir kerana cemas dan tak mampu berbuat apa.
