Selepas menjadi hamba kepada festival hampir 70 tahun lamanya, gajah betina yang dikenali sebagai Tikiri akhirnya pergi buat selamanya.

Advertisement
Menurut badan hak asasi haiwan, Yayasan Selamatkan Gajah (SEF), biarpun bersedih dengan berita ini, ia dianggap pengakhiran terbaik buat haiwan itu.
“Penderitaan Tikiri sudah berakhir, rohnya telah bebas. Tiada lagi kekejaman yang boleh dilakukan ke atasnya.
“Selamat berehat dan jangan pandang kembali ke arah dunia ini yang nyata membuat jiwa mu dan rakan-rakan mu menderita,” kata pengasas SEF, Lek Chailart melalui akaun Instagram.

Gajah berkenaan telah menjadi bualan hangat dimedia sosial kerana keadaannya yang uzur dan kesihatannya yang merosot teruk. Penderitaan Tikiri ini juga disembunyikan melalui kostum berwarna-warni yang dipakainya setiap kali perarakan.


Tambah lagi, kebanyakkan gajah di Sri Lanka juga menerima nasib yang sama dan sering terdedah kepada eksploitasi manusia bagi pertunjukan seperti itu.
Sumber: Awani