Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Takutnya Bila Gajah Kejar Sampaikan Masuk Dalam Rumah!

Seorang penunggang motosikal berhadapan dengan detik cemas apabila dikejar tiga ekor gajah ketika terserempak dengan haiwan itu di wilayah Chon Buri, Thailand.

takutnya bila gajah kejar sampaikan masuk dalam rumah!

Disebabkan itu, beliau terpaksa mencari tempat perlindungan dalam sebuah rumah keluarganya selepas gajah-gajah itu tidak berhenti mengejar.

Advertisement

Tidak cukup dengan itu, gajah tersebut memecah masuk rumah berkenaan yang didiami seorang wanita hamil bersama seorang kanak-kanak.

takutnya bila gajah kejar sampaikan masuk dalam rumah!

Kejadian yang berjaya dirakam seorang penduduk, menunjukkan gajah berkenaan merayau dalam ruang luar rumah dan merosakkan ampaian baju.

Penduduk setempat segera menghubungi pihak berkuasa dan berjaya memujuk gajah-gajah berkenaan untuk kembali ke dalam hitan.

Mujur tiada sebarang kecederaan dilaporkan daripada insiden berkenaan.

Sumber: The Thaiger

ERA Muzik Hit Terkini