Kejam dan tidak berhati perut! Itu panggilan yang sesuai diberi kepada individu yang tidak bertanggungjawab memberi seekor ibu gajah yang sedang hamil makan nenas yang diisi dengan bahan letupan.

Kejadian yang berlaku di Kerala, India mendapat perhatian Rapid Response Team, selepas mendapat laporan daripada penduduk kampung mengenai seekor gajah yang ditemui mati dalam keadaan berdiri dalam sungai.
Advertisement
Gajah tersebut cedera teruk pada mulut hingga mengakibatkan kematian pada haiwan ini selepas bahan letupan terbabit meletup ketika ia sedang mencari makanan, lapor India Today.

Tambah mendukacitakan adalah gajah betina itu sedang hamil 18 ke 20 bulan.
Dilaporkan juga gajah terbabit masuk ke dalam Sungai Velliyar itu kerana mahu mengurangkan rasa sakit pada luka dalam mulutnya akibat letupan pada makanan yang dimakan.

Malangnya, ia tidak dapat diselamatkan selepas mati serta-merta dalam sungai berkenaan, dan telah diangkat keluar oleh pasukan penyelamat untuk dikebumikan ditempat yang lebih sesuai.
Sumber: India Today