Dalam usaha memerangi wabak COVID-19 dan meringankan beban rakyat yang terjejas, Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memotong gaji Perdana Menteri, Menteri dan juga Timbalan sebanyak dua bulan.

Dalam satu kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri, langkah itu membuktikan kesungguhan kerajaan dalam membantu rakyat yang terjejas akibat daripada penularan wabak terbabit.
Advertisement

Setakat semalam, jumlah wang terkumpul dalam Tabung COVID-19 termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48
Mesyuarat Kabinet pada 25 Mac 2020 telah memutuskan pemotongan gaji dua (2) bulan Jemaah Menteri untuk disalurkan ke Tabung COVID-19. pic.twitter.com/zCSupBXrRh
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) March 26, 2020
Sumber: PMO