Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ada Dikir Barat & Wayang Kulit, Game Ciri Malaysia Ni Boleh Main Di PS, Switch Dan Xbox

Tak lama lagi dapatlah kita tengok permainan video hasil tangan orang Malaysia. Ini kerana sebuah syarikat pencipta permainan video tempatan, Metronomik dijangka melancarkan permainan video pertama mereka di peringkat antarabangsa pada 25 Ogos ini.

ada dikir barat & wayang kulit, game ciri malaysia ni boleh main di ps, switch dan xbox

Apa yang menariknya, permainan video yang bertajuk ‘No Straight Roads’ itu akan menampilkan ciri-ciri Malaysia seperti dikir barat, wayang kulit dan macam-macam lagi. Whoaaa!

Advertisement

ada dikir barat & wayang kulit, game ciri malaysia ni boleh main di ps, switch dan xbox

Berdasarkan Ketua Pegawai Eksekutif Metronomik, Wan Hazmer Wan Abd Halim, permainan video ini menceritakan kumpulan kugiran rock yang mencipta muzik tulen menentang Muzik Dansa Elektronik.

Permainan video No Straight Roads ni boleh dimainkan pada PlayStation 4, Nintendo Switch dan Xbox One.

ada dikir barat & wayang kulit, game ciri malaysia ni boleh main di ps, switch dan xbox

Wow, menarik dan powernya! Semoga perkara ini akan menjadi inspirasi kepada anak muda yang lain untuk meneroka bidang ini seterusnya mencipta nama di persada dunia.

Sumber: BERNAMA

ERA Muzik Hit Terkini