Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lebih Realisitik, Lihat Perbandingan Grafik Game PS4 Dengan PS5

Seorang Youtuber telah berkongsi perbezaan grafik menerusi permainan video PlayStation 4 dengan PlayStation 5.

lebih realisitik, lihat perbandingan grafik game ps4 dengan ps5

Advertisement

ElAnalistaDeBits, menerusi laman YouTube berkongsi perbezaan permainan Marvel’s Spider-Man dalam PS4 Pro dengan konsol terbaru, PS5.

Dapat dilihat perbezaan dari segi grafik kedua-dua model berkenaan dimana PS5 tampil dengan lebih realistik, terang dan lebih detail.

"’Draw distance’ telah diperbaiki pada PS5," tulis ElAnalistaDeBits dalam kapsyen di atas videonya.

lebih realisitik, lihat perbandingan grafik game ps4 dengan ps5

Ini bermakna anda akan dapat melihat lebih jelas pada bangunan dan pejalan kaki pada jarak yang lebih jauh dalam PS5 berbanding versi PS4.

"Frame rate yang lebih tinggi juga benar-benar menghasilkan perbezaan," tambahnya.

PS5 dikatakan mencapai frame rate sehingga 120 bingkai sesaat - dua kali ganda daripada PS4. Ini bermaksud animasi yang lebih halus berlaku dalam skrin akan kelihatan lebih realistik.

Versi PS5 dari Marvel's Spiderman juga akan menghadirkan pantulan sinar, bayangan ambien, dan pencahayaan yang lebih baik, kata ElAnalistaDeBits.

Wajah Peter Parker juga telah diubah untuk membuatnya kelihatan lebih realistik.

lebih realisitik, lihat perbandingan grafik game ps4 dengan ps5

PS5 akan dijual kepada orang ramai seawal bulan November ini dengan dua versi iaitu Digital dan Standard.

Sumber: YouTube

ERA Muzik Hit Terkini