Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Orang Yang Suka Main Game Susah Dapat Mimpi Buruk

Bermain permainan video sebelum tidur mungkin boleh mengubah corak tidur dan mimpi seseorang.

susah kena mimpi buruk kalau suka main video game sebelum tidur

Menurut Jayne Gackenbach, seorang pakar psikologi dari Grant MacEwan University di Kanada, mimpi terhasil secara biologi dari fikiran seseorang. Mereka yang suka bermain permainan video mampu mengawal suasana dalam game, dan ia disesuaikan dalam mimpi.

Advertisement

Bagi menguatkan fakta ini, Jayne menjalankan kajian pada 2008 keatas 35 lelaki dan 63 wanita, terdiri daripada pemain dan juga bukan pemain permainan video.

susah kena mimpi buruk kalau suka main video game sebelum tidur

Hasil kajian menunjukkan, gamer mengalami mimpi buruk yang kurang berbanding mereka yang tidak bermain permainan video. Ini juga bermaksud, mimpi ngeri dan seram itu menjadikan gamer rasa seronok ketika bermimpi.

Sumber: Live Science

 

ERA Muzik Hit Terkini