Individu yang sering menghabiskan masa dengan bermain permainan video sering kali dikaitkan dengan gaya hidup tidak sihat, seperti makan makan ringan, tidak bergerak aktif, hingga menyebabkan masalah obesiti.

Namun satu kajian yang dijalankan oleh sepasukan penyelidik dari Queensland University of Technology (QUT) menunjukkan 21 peratus gamers ini mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak bermain permainan video.
Advertisement
Kajian dijalankan keatas 1,400 gamers dari 65 negara berbeza seluruh dunia, bagi melihat BMI golongan ini pada peringkat global.

Dalam kajian tersebut mendapati, gamers khasnya mereka yang terlibat dalam e-sukan rata-ratanya tidak merokok dan tidak minum minuman keras serta tidak terlibat dalam aktiviti tidak sihat. Ia antara punca golongan ini mempunyai tubuh badan yang jauh lebih sihat berbanding orang lain.

Meskipun begitu, terdapat 4.03 peratus pemain e-sukan ini lebih cenderung mengalami kegemukan berbanding orang awam.
Tubuh yang sihat ini juga didorong oleh aktiviti fizikal yang dilakukan oleh kebanyakkan jurulatih e-sukan, dimana pemain perlu menjalani senaman sekurang-kurangnya satu jam.

"Sebagai sebahagian daripada latihan mereka, atlet e-sukan akan meluangkan masa lebih dari satu jam sehari untuk melakukan latihan fizikal sebagai strategi untuk meningkatkan permainan dan menguruskan stress.
"Pemain akan ditinjau untuk memenuhi garis panduan aktiviti fizikal, dengan rata-rata pemain akan bersenam sekurangnta empat kali dalam seminggu," kata salah seorang dari penyelidik itu.
Kajian itu juga merumuskan, pemain video game mempunyai tumpuan yang lebih cekap, berbanding mereka yang tidak.
Sumber: Mail Online