Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan beberapa kawasan di Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual mulai Selasa (12 Januari) depan.
Gangguan tersebut berlaku susulan kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berhampiran Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam, yang bermula 9 pagi.
Advertisement
Ekoran daripada itu, 22 kawasan di Wilayah Shah Alam, empat di Klang dan 10 kawasan di Petaling dijangka akan mengalami gangguan ekoran kerja-kerja berkenaan.

Bekalan air juga dijangka akan pulih sepenuhnya pada 9 pagi, 14 Januari 2021.
Dalam kenyataan yang sama, tempoh pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza kerana ia bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan sistem agihan.
Pengguna di kawasan terjejas dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan berjimat dalam menggunakan air sepanjang tempoh gangguan itu.
SIARAN MEDIA: NOTIS PEMBERITAHUAN AWAL KERJA-KERJA PENGALIHAN DAN PENYAMBUNGAN PAIP BAHARU DI WILAYAH SHAH ALAM YANG AKAN MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL MULAI 12 JANUARI 2021#AirSelangor pic.twitter.com/VIe6kZjf9H
— Air Selangor (@air_selangor) January 6, 2021
Sumber: Air Selangor