Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ganjaran Hingga RM10,000 Kepada Pemberi Maklumat Insiden Bakar Kucing Hidup-Hidup

Baru-baru ini, media sosial dikejutkan dengan insiden tidak berperikemanusiaan terhadap seekor anak kucing yang dibakar hidup-hidup.

ganjaran hingga rm10,000 kepada pemberi maklumat insiden bakar kucing hidup-hidup

Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika, pihaknya ada menerima maklumat tidak lengkap menyatakan bahawa insiden itu sama ada berlaku dalam atau luar negara, selepas klip video berdurasi 45 saat itu tular di laman sosial.

Advertisement

Justeru mana-mana individu yang dapat memberi maklumat berkenaan insiden berkenaan adalah diminta untuk tampil membuat pengesahan dan ganjaran dari RM3,000 sehingga RM10,000 akan diberikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association).

Sejak semalam, beberapa media tempatan telah melaporkan kejadian keganasan membakar kucing ini dengan harapan ia dapat dijejaki segera jika ada unsur kejadian ia berlaki dalam negara ini.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association

ERA Muzik Hit Terkini