Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ramai Muntah-Muntah, Suasana Jadi Panik Dalam Pejabat Akibat Bau Durian

Gara-gara bau durian yang diimport, seluruh pejabat perkhidmatan kurier di Jerman terpaksa dikosongkan dengan beberapa pasukan keselamatan seperti bomba dan ambulan dikerahkan ke tempat kejadian.

ramai muntah-muntah, suasana jadi panik dalam pejabat akibat bau durian

Suasana di pejabat berkenaan menjadi panik selepas terdapat satu bau yang menusuk ketika mereka sedang menguruskan pesanan parcel.

Advertisement

Bencana ini juga menyebabkan 6 orang dimasukkan ke hospital, 12 menerima rawatan di lokasi dengan sejumlah 60 orang pekerja dikeluarkan dari pejabat. Ada pekerja yang mengalami muntah, loya, pening akibat daripada bau yang pada awalnya tidak diketahui punca.

Selepas bomba, ambulans dan anggota keselamatan dikerahkan ke tempat kejadian, akhirnya mereka menemui punca kepada bau pelik itu. Rupanya bau itu adalah daripada 4 biji durian yang akan dihantar kepada penduduk di Jerman yang diimport dari Thailand.

Ini bukanlah pertama kali durian membuatkan keadaan menjadi panik. Sekitar November 2018, pesawat dari Indonesia terpaksa membuat pendaratan kecemasan selepas penumpang terhidu bau busuk yang datangnya daripada durian dalam bagasi penumpang.

Sumber; CNN World

ERA Muzik Hit Terkini