Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Akibat Garu Muka Ketika Memandu, Lelaki Ini Didenda RM30

Seorang pemandu dari China didenda selepas imejnya dirakam oleh kamera trafik berteknologi kecerdasan buatan (AI), kelihatan seolah-olah dia sedang menggunakan telefon bimbit.

akibat garu muka ketika memandu, lelaki ini didenda rm30

Menurut Jilu Evening Post, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Liu, sedang memandu dibandar Jinan, wilayah Shandong, melalui kawasan yang dipasang kamera trafik.

Advertisement

Liu pada ketika itu sedang menggaru mukanya, namun kamera mengesan beliau sedang menggunakan telefon bimbit.

Disebabkan itu, Liu didenda 50 yuan (~RM30) dan dua mata ditolak daripada lesen memandunya.

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini