Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Sahkan Belon Meletup Di Putrajaya Berisi Gas Hidrogen, Bukan Helium

Ekoran daripada insiden belon meletup sehingga mencederakan 16 mangsa di Dataran Putrajaya pada Sabtu lalu, polis mengesahkan ia diisi dengan gas hidrogen, dan bukannya helium.

polis sahkan belon meletup di putrajaya berisi gas hidrogen, bukan helium

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, pihaknya telah menerima dua laporan berkenaan kes terbabit.

Advertisement

“Polis sudah membuka Kertas Enkuiri Polis bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

“Ya, (kandungan dalam belon) hidrogen, bukan helium. Hidrogen sangat sensitif dengan alat atau bahan membakar.

“Suspek sehingga kini belum dikenal pasti. Bagi insiden ini, kita menerima dua laporan polis, iaitu yang dibuat oleh polis sendiri dan satu lagi laporan diterima dari Kementerian Pendidikan,” katanya.

polis sahkan belon meletup di putrajaya berisi gas hidrogen, bukan helium

Siasatan awal polis mendapati, letupan berlalu ketika pengunjung berebut memotong tali yang mengikat tiga gugusan belon dengan menggunakan pemetik api.

Sumber: Bernama

ERA Muzik Hit Terkini