Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tiada Siapa Sedar Gegaran Misteri Yang Landa Seluruh Dunia Pada 11 November Lalu

Pada 11 November lalu, kira-kira jam 9.30 pagi (UT), satu gegaran misteri telah menggegarkan hampir semua bahagian di dunia, namun tiada sesiapa yang menyedarinya kecuali seorang lelaki yang berkerja di Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat.

tiada siapa sedar gegaran misteri yang landa seluruh dunia pada 11 november lalu

Advertisement

Seperti yang dipetik dari Siakap Keli, gegaran itu bermula kira-kira 15 batu di luar pantai Pulau Mayotte, Perancis. Gelombang sama kemudian menyebar ke kawasan Afrika membuatkan semua sensor gempa bumi memberi reaksi di Zambia, Kenya dan Ethiopia.

tiada siapa sedar gegaran misteri yang landa seluruh dunia pada 11 november lalu

Gelombang sama kemudiannya melanda beberapa negara lain seperti Chile, New Zealand, Kanada dan sehingga ke pulau Hawaii.

Satu-satunya individu yang mengesan isyarat ini kemudiannya berkongsi perkara berkenaan ke laman Twitter miliknya. Ia menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada saintis dan pengkaji lain diseluruh dunia.

Tampil seorang saintis daripada Perancis yang membuat kesimpulan bahawa gelombang seismik misteri yang menggegarkan seluruh dunia itu datang daripada aktiviti letusan gunung berapi ‘low level’ bawah air yang berlaku di timur laut Pulau Mayotte.

tiada siapa sedar gegaran misteri yang landa seluruh dunia pada 11 november lalu

Sumber : National GeographicThe Sun, Siakap Keli

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini