Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Akibat Longgarkan Peraturan, Korea Selatan Diancam Gelombang Kedua COVID-19

Selepas pemerintah bertindak melonggarkan peratuan penjarakan sosial, Korea Selatan kini mencatatkan 34 lagi kes baru jangkitan COVID-19 dan ia merupakan angka harian tertinggi sejak dari 9 April lalu.

akibat longgarkan peraturan, korea selatan diancam gelombang kedua covid-19

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) memaklumkan 26 daripada 34 kes baru itu adalah melibatkan jangkutan tempatan dan selebihnya adalah kes import.

Advertisement

akibat longgarkan peraturan, korea selatan diancam gelombang kedua covid-19

Data jangkitan baru itu direkodkan selepas Seoul mencatatkan sifar kes jangkitan sejak 10 hari lalu dan kes jangkitan juga hanya satu digit sejak beberapa minggu sebelum ini.

Ekoran daripada acaman gelombang kedua ini, Korea Selatan kini mengarahkan penutupan kelab malam dan juga bar susulan pengumuman kluster baru di Itaewon, ujar Datuk Bandar Seoul.

Kluster baru Itaewon ini dikaitkan dengan seorang lelaki berusia 29 tahun yang positif COVID-19 telah berkunjung ke lima kelab malam dan bar hingga menyebabkan 20 kes baru dikesan.

Pihak berkuasa juga memberi amaran tentang peningkatan kes jangkitan ekoran terdapat kira-kira 7,200 individu dipercayai berkunjung kelima-lima premis tersebut.

Sumber: CNA

ERA Muzik Hit Terkini