Penularan wabak COVID-19 yang kini memasuki gelombang ketiga di negara ini, dijangka akan berlarutan hingga awal tahun depan.

Ia seiring dengan peningkatan kes jangkitan virus itu di seluruh dunia yang mempamerkan tempoh memuncak lebih lama berbanding gelombang pertama dan kedua.
Advertisement
Bagaimanapun, gelombang ketiga ini mungkin boleh dilandaikan menjelang tahun depan, bergantung sama ada vaksin dapat dihasilkan akhir tahun ini atau sebaliknya.
Kemungkinan peningkatan mendadak jangkitan baru COVID-19 ini mungkin juga berpunca daripada kegagalan segelintir masyarakat dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Malah, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga berkata, pihaknya yakin gelombang ketiga COVID-19 ini dapat dibendung daripada berlarutan hingga awal tahun depan, jika semua pihak dapat memberikan kerjasama mematuhi SOP untuk mengekang penularan wabak itu.
Melihat kepada “column” biru tua, ia mengikut unjuran Rt1.5 dan kita boleh jangkakan kes seharian hingga 31 Oktober. Kita mesti bersepadu usaha untuk mengurangkan Rt. Sila duduk di rumah ini akan membantu KKM melandaikan graph dan kurangkan Rt pic.twitter.com/qdTSc9UT4k
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 18, 2020