Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gelombang Ketiga COVID-19 Lebih Besar Jika Rakyat Ambil Sikap Tak Kisah

Hari ini merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa sehingga 31 Mac 2020.

Pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam membendung penyebaran baru penyakit ini. Antaranya adalah dengan menjejaki kesemua kontak rapat pesakit positif COVID-19 dan juga memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Advertisement

ada 5 perkara termasuk dalam perintah kawalan pergerakan, mohon jangan panik

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sekiranya rakyat ambil sikap tidak kisah akan perintah ini, kita mungkin akan menghadapi gelombang ketiga virus yang lebih besar.

gelombang ketiga covid-19 lebih besar jika rakyat ambil sikap tak kisah

gelombang ketiga covid-19 lebih besar jika rakyat ambil sikap tak kisah

"Kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sikap tidak kisah," katanya.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau juga menggesa masyarakat agar membantu Kementerian Kesihatan dengan memainkan peranan masing-masing dalam memastikan agar wabak COVID-19 ini tidak lagi tersebar.

Beliau mengakhiri hantaran di Facebook itu dengan pesanan, "Duduk di rumah dan jangan keluar."

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

Sumber: Facebook

ERA Muzik Hit Terkini