Indonesia dikejutkan dengan gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 yang berlaku pada pukul 8.26 pagi tadi di daerah Jawa.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan pusat gempa bumi tersebut terletak 7.9 darjah Selatan dan 105.9 darjah Timur.
Advertisement
“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 78 kilometer (km) dan 160km Barat Daya dari Sukabumi, Indonesia.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya.
Orang ramai diminta untuk tidak panik kerana tiada ancaman tsunami dilaporkan berikutan kejadian di negara tersebut.
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 di Jawa,Indonesia pada 8:26 pagi, 17 Januari 2022. Pusat gempa bumi tersebut terletak 7.9° Selatan dan 105.9° Timur dengan kedalaman 78 km. 160km Barat Daya dari Sukabumi,Indonesia.#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#METMalaysia pic.twitter.com/OZtRZgTae7
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 17, 2022
Sumber: Kosmo Online