Satu kejadian gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku sebentar tadi di Utara Sumatera, Indonesia.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 4.20 petang, 30 April 2020 ini melibatkan koordinat 1.2° Utara dan 99.4° Timur, pada 5.2 skala Ritcher dengan kedalaman 10 kilometer.
#Gempa Mag:5.6, 30-Apr-20 15:20:25 WIB, Lok:1.17 LU,99.53 BT (24 km BaratLaut PADANGLAWAS-SUMUT), Kedlmn:10 Km, tdk berpotensi tsunami #BMKG pic.twitter.com/LEmKc8p42P
— BMKG (@infoBMKG) April 30, 2020
Advertisement
Ekoran daripada gempa bumi itu, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Putrajaya, Kuala Lumpur, sebahagian Selangor, Pulau Pinang dan sebahagian dari Perak.
Admin rasa goyang. Ada gempa bumi? Admin duduk apartment aras 10
— Twt PutrajayaWP Duduklah Rumah (@Twt_PutrajayaWP) April 30, 2020
Bagaimanapun, tiada ancaman Tsunami dilaporkan setakat ini.
Sumber: MET Malaysia