Skip to main content

Advertisement

Hiburan

25 Januari, Genap Setahun COVID-19 Sudah ‘Menakluki’ Malaysia

25 Januari 2020 merupakan hari pertama kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia.

Kini, selepas setahun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khasnya masih lagi ‘berperang’ melawan wabak ini dengan pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga pengenalan SOP tertentu kepada orang ramai seperti mewajibkan pemakaian pelitup muka dan lain-lain.

Advertisement

25 januari, genap setahun covid-19 sudah ‘menakluki’ malaysia

Menerusi laman Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, beliau meluahkan rasa sedih selepas setahun kita melawan COVID-19 yang pada awalnya seakan dilihat tiada penghujungnya.

“Sungguh menyedihkan saya bahawa kita telah bertahan selama 1 tahun bertarung melawan COVID-19. Hujungnya hampir tidak kelihatan.

“Namun walaupun keletihan mental & fizikal, kita semua perlu terus kehadapan. Semua orang, tidak kira siapa anda, mesti memikul tanggungjawab ini untuk menyelamatkan negara kita bersama.

“Patuhi SOP, pakai topeng muka dengan betul, cuci tangan, dan jaga jarak fizikal. Tinggal di rumah jika anda tidak mempunyai keperluan mendesak untuk keluar.

“Bersama-sama kita memutuskan rantaian COVID-19. Kita mesti bersatu dan bersama-sama dalam perjuangan ini. Insya Allah,” tulis beliau dalam satu hantaran.

Terdahulu, kes pertama COVID-19 dinegara ini direkodkan pada pada 6 Februari 2020 melibatkan seorang wanita tempatan di Kedah.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini