Minggu akhir tahun 2020, genaplah sudah setahun selepas kes pertama koronavirus direkodkan pada penghujung tahun lalu.

"This week marks the one-year anniversary since WHO learned of cases of ‘pneumonia with unknown cause’ via a bulletin issued by the health authorities in Wuhan and ProMed.
— World Health Organization (WHO) (@WHO) December 28, 2020
We immediately set up an incident management structure to follow this development"-@DrTedros #COVID19
Ketika itu, Wuhan melaporkan terdapat kira-kira 59 kes radang paru-paru dan pernafasan berpunca virus, dan ia membimbangkan penduduk serata dunia. Ia begitu cepat merebak, hingga menjangkiti hampir seluruh negara di serata dunia.
Advertisement

Penularan virus ini telah diisytiharkan sebagai pandemik selepas mencatatkan kadar kematian tinggi, hingga melumpuhkan beberapa ekonomi dunia. Akibatnya, ramai juga yang kehilangan nyawa dan juga pekerjaan.
Selepas setahun kita melawan virus yang dikenali sebagai COVID-19, terdapat lebih 81 juta manusia dijangkiti, dengan 1.78 juta nyawa terkorban. Lebih membimbangkan, sehingga kini masih ada lebih daripada 22 juta kes aktif dengan 0.5 peratus daripadanya sedang kritikal.

Trend jangkitan COVID-19 serata dunia juga dilihat semakin hari semakin meningkat. Malaysia juga tidak terkecuali, malah kita kini juga telah memasuki gelombang ke-3 dengan kes jangkitan harian mencecah hingga empat angka setiap hari.

Meskipun ramai yang menantikan vaksin, usaha melawan wabak COVID-19 ini perlulah diteruskan. Kita sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku menjelang tahun 2021, namun kita perlu bersedia dan bersama-sama mencegah penularan wabak ini daripada ia terus berada dalam masyarakat kita.