Jika anda biasa dengan trend sosial media, pasti anda cukup mengenali cabaran 'Don't Rush Challenge' yang memerlukan seseorang itu berkongsi keadaan sebelum dan selepas transform.
Namun pernahkah anda melihat gelagat dan aksi doktor-doktor lelaki di Malaysia menunjukkan transformation mereka menerusi cabaran ini?
Advertisement

Menerusi hantaran oleh Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih popular dengan nama Dr Say di Instagram, sembilan orang doktor lelaki ini telah bergabung dalam cabaran 'Don't Rush Challenge' dengan aksi mereka yang cukup sporting!



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji aksi spontan yang ditunjukkan mereka, sambil berterima kasih dengan jasa dan pengorbanan yang diberikan mereka, khasnya dalam membantu Malaysia menangani COVID-19 ketika ini.
Ada juga warganet yang berseloroh mahu sakit dan masuk ke hospital dek kerana tak keruan melihat doktor-doktor kacak seperti ini.
Sumber: Instagram Dr @say_shazril