Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Malaysia Berpeluang Lihat Fenomena Gerhana ‘Bulan Berdarah’ Muncul 26 Mei Ini

Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan dikenali sebagai ‘Super Flower Blood Moon’ pada 26 Mei 2021 (Rabu) jam 4.47 petang dan akan berakhir pada 9.50 malam waktu Malaysia.

malaysia berpeluang lihat fenomena gerhana ‘bulan berdarah’ muncul 26 mei ini

Advertisement

Menerusi hantaran di akaun Facebook Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), bulan akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi (perigee) dengan jarak 357,309km pada tarikh tersebut.

Fenomena ‘bulan berdarah’ ini boleh dilihat ketika ia telah mencapai fasa gerhana separa bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.

Manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum.

Sumber: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

ERA Muzik Hit Terkini