Banyak trend masa kini yang sesetengahnya agak pelik dan ada juga yang tidak masuk akal.
Di Korea Selatan sedang popular trend orang yang sanggup habiskan masa menonton video orang lain sedang belajar, walaupun berjam-jam lamanya,
Advertisement

Dikenali sebagai Gongbang, penonton hanya perlu menonton seseorang yang sedang mengulangkaji pelajaran dalam keadaan yang senyap dan menariknya, ramai yang mengikuti trend semasa ini.
Tambah lagi, seorang pengguna Youtube di Korea Selatan, Bot-No-Jam, merakamkan dirinya sedang mengulangkaji pelajaran sehingga 7 jam lamanya, dan sehingga kini mendapat sehingga berjuta tontonan dan ratusan ribu pengikut!