Beberapa gorila di Taman Safari Zoo San Diego, California dekat Amerika Syarikat kini dilaporkan positif COVID-19.

Kes yang pertama kali seumpamanya berlaku melibatkan spesis beruk besar disahkan selepas ujian sampel najis gorila melalui Sistem Makmal Kesihatan Haiwan dan Keselamatan Makanan California dilakukan kerana dua ekor gorila mengalami batuk pada 6 Januari.
Advertisement
Keputusan makmal mengesahkan wujud SARS-CoV-2, virus penyebab COVID-19 pada beberapa gorila dan pihak makmal juga tidak menolak kemungkinan virus sama wujud pada gorila lain dalam kumpulan itu.
Gorila itu dipercayai dijangkiti melalui pekerja zoo yang tidak mempunyai simptom, meskipun pelbagai langkah pencegahan sudah diambil seperti menutup zoo kepada orang ramai sejak 6 Disember tahun lalu.
Kes pertama jangkitan COVID-19 keatas haiwan dilaporkan terjadi kepada seekor harimau di sebuah zoo di New York, tahun lalu.
Sumber: San Diego UnionTribune