Musim konvokesyen kini sudah bermula dengan kebanyakkan institut pengajian mengadakan majlis konvokesyen bagi meraikan pelajar-pelajar yang sudah tamat pengajian.

Advertisement
Terbaru, tular video graduan kursus seni kebudayaan dari Universiti Malaya mengambil skrol diatas pentas sambil menari. Video dikongsikan oleh Izhar Fahmie menerusi laman Twitter miliknya.
Bila mana Graduan dari Fakulti Kesenian & Kebudayaan mengambil scroll di atas pentas semasa majlis Konvokesyen 😂😂. pic.twitter.com/8JSgKXdSLw
— Izhar Fahmie (@izharfahmie) October 14, 2019
Rata-rata netizen menunjukkan keterujaan mereka apabila menonton video tersebut, malah hingga ada yang mahu menukar kursus mereka.
Damnn menarik gila..bole kot amik course ni nnti
— あいしてる (@izzulirsyad1114) October 15, 2019
Kan seronok macam ini. Nak viral pon best. Ini angkat manila card. Mesti lonely kanda rasa.
— kewanganBijak (@aliffshanusi) October 15, 2019
5 orang takpa, 500 orang menari dulu, terciduk la. Tak tahu habis pukul berapa majlis. 😂
— ♡ أنيس ♡ (@aanismj) October 15, 2019
Abis tu graduan Matematik dia kena amik scroll sambil tekan kalkulator ke?
— Asraf Ahmad (@AsrafAhmad19) October 15, 2019
tiap tahun vid cemni keluar tiap tahun orang kecam kenapa nak menari atas pentas.kalau dah tiap tahun tu namanya tradition diorang dah kena menari.
— eunoia (@amieyok) October 15, 2019
Tambah lagi, ia merupakan satu tradisi buat pelajar Ijazah Seni Persembahan Tari, Sarjana Muda Seni Tarian untuk menari sebelum mengambil skrol ijazah masing-masing.