Baru-baru ini, tumpuan diberikan kepada seorang pelajar yang memperoleh Purata Mata Semester (PMS) 4.0 selama 7 semester berturut-turut.

Kali ini lain pula kisahnya bagi seorang lagi pelajar Universiti Malaya (UM) yang memperoleh skrol ijazah dan juga penerima Anugerah Pelajaran Di-Raja Universiti Malaya (UM) sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-59 baru-baru ini.
Advertisement

Dikenali dengan nama panggilan Ustaz Madhi, pelajar Sarjana Muda Pengurusan Muamalat Jabatan Syariah dan Pengurusan ini pernah memperoleh 2A daripada 11 subjek ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa tahun lalu.

Bangkit daripada keputusan SPM itu, Madhi berjaya menamatkan pengajian di universiti nombor satu di Malaysia, UM dengan anugerah yang cukup terbaik.

Madhi juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada golongan pendidik yang sentiasa membantunya menempa kejayaan.


Semoga kisah Madhi ini menjadi pembakar semangat buat semua pelajar.
Sumber: Twitter syydiqbal & IG madhibudiman